Monday 6 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Aku nak ucapkan Selamat Maulidur Rasul kepada semua ahli batch ELEXVIN dan juga seluruh umat Islam yang lain :D Semoga sambutan Maulidur Rasul ini dapat mengingatkan kita terhadap pengorbanan dan jasa Nabi kita, Muhammad S.A.W. terhadap seluruh umat Islam. Perbanyakkanlahh selawat terhadap Baginda, sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat pun selawat terhadap Baginda, kenapa pulak kita tidak selawat terhadap Nabi kita sendiri sebagai manusia biasa sahaja, kan kann? 

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.”
(Al-Ahzab 56)
 
Telah di riwayatkan satu hadith Nabi Muhammad S.A.W. seperti berikut:
Ertinya: "Barangsiapa membesarkan hari kezahiranku niscaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk Maulidku maka seolah-olah ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."
 
Dan telah berkata Saiyidina Abu Bakar As Siddiq radhi Allahu 'anhu: "Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi S.A.W. maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam Syurga."
 
Dan telah berkata Saiyidina Umar radhi Allahu 'anhu: 
"Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi S.A.W. maka sesungguhnya ia menghidupkan agama Islam."
 
Dan telah berkata pula Saiyidina Uthman radhi Allahu 'anhu: 
"Barang- siapa mengeluarkan satu dirham untuk 
mengucap Maulid/Selawat Rasulullah S.A.W. maka seolah-olah ia mati syahid didalam peperangan Badar dan Hunain."
 
Dan telah berkata Saiyidina Ali karamallahu wajhahu: 
"Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi S.A.W. maka ia tidak akan keluar daripada dunia melainkan keadaannya di dalam iman."

Dan telah berkata Imam Syafi'i rahimah Ullah: 
"Barangsiapa mengumpulkan orang-orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi S.A.W. dengan mengucap Maulid/Selawat itu dan mengadakan syarahan-syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, niscaya Allah Ta'ala akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama dengan wali-wali, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang saleh dan ia akan berada di dalam Syurga yang penuh dengan nikmat."

dan kalau korang nak tahu, Sesungguhnya setiap nabi ada satu doa yang Allah makbulkan, semua nabi dah gunakan doa tu kecuali Rasulullah S.A.W. sebab Baginda ingin gunakan doa tu dengan mendoakan semua pengikut Baginda diampunkan dosa-dosa time dekat Padang Masyhar nnt, begitu sayangnya Rasulullah S.A.W. kepada kita sebagai umatnya, jadi selawatlah banyak banyak terhadap Rasulullah S.A.W. untuk menunjukkan sayang kita terhadap Baginda and akan tergolong dalam kalangan yang beriman and mendapat syafaat Rasulullah S.A.W. Tahu kan syafaat tu apa? yang tak tahu tu, syafaat tu macam sebuah pertolongan dari Baginda kepada diri kita sebagai pengikut Baginda. Syafaat Rasulullah S.A.W. terdapat 5 jenis iaitu :

  • Syafaat untuk membebaskan umat manusia daripada dahsyatnya suasana di Padang Mahsyar
  • Syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa sebarang hisab atau perhitungan 
  • Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukuman setimpal, supaya hukuman itu kemudian ditarikbalik
  • Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka
  • Syafaat untuk menaiki ke tingkat yang lebih tinggi di syurga
Tu jelahh rasanya kali ini. Semoga dapat mendapat faedah daripada post ni,  Selamat Menyambut Maulidur Rasul dengan penuh keberkatan :D
Akhir kata,
 

Allahumma Solli Ala Muhammad wa'ala Ali Muhammad Wasohbihi Wasallam :D