Monday 6 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Aku nak ucapkan Selamat Maulidur Rasul kepada semua ahli batch ELEXVIN dan juga seluruh umat Islam yang lain :D Semoga sambutan Maulidur Rasul ini dapat mengingatkan kita terhadap pengorbanan dan jasa Nabi kita, Muhammad S.A.W. terhadap seluruh umat Islam. Perbanyakkanlahh selawat terhadap Baginda, sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat pun selawat terhadap Baginda, kenapa pulak kita tidak selawat terhadap Nabi kita sendiri sebagai manusia biasa sahaja, kan kann? 

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.”
(Al-Ahzab 56)
 
Telah di riwayatkan satu hadith Nabi Muhammad S.A.W. seperti berikut:
Ertinya: "Barangsiapa membesarkan hari kezahiranku niscaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk Maulidku maka seolah-olah ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."
 
Dan telah berkata Saiyidina Abu Bakar As Siddiq radhi Allahu 'anhu: "Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi S.A.W. maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam Syurga."
 
Dan telah berkata Saiyidina Umar radhi Allahu 'anhu: 
"Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi S.A.W. maka sesungguhnya ia menghidupkan agama Islam."
 
Dan telah berkata pula Saiyidina Uthman radhi Allahu 'anhu: 
"Barang- siapa mengeluarkan satu dirham untuk 
mengucap Maulid/Selawat Rasulullah S.A.W. maka seolah-olah ia mati syahid didalam peperangan Badar dan Hunain."
 
Dan telah berkata Saiyidina Ali karamallahu wajhahu: 
"Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi S.A.W. maka ia tidak akan keluar daripada dunia melainkan keadaannya di dalam iman."

Dan telah berkata Imam Syafi'i rahimah Ullah: 
"Barangsiapa mengumpulkan orang-orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi S.A.W. dengan mengucap Maulid/Selawat itu dan mengadakan syarahan-syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, niscaya Allah Ta'ala akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama dengan wali-wali, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang saleh dan ia akan berada di dalam Syurga yang penuh dengan nikmat."

dan kalau korang nak tahu, Sesungguhnya setiap nabi ada satu doa yang Allah makbulkan, semua nabi dah gunakan doa tu kecuali Rasulullah S.A.W. sebab Baginda ingin gunakan doa tu dengan mendoakan semua pengikut Baginda diampunkan dosa-dosa time dekat Padang Masyhar nnt, begitu sayangnya Rasulullah S.A.W. kepada kita sebagai umatnya, jadi selawatlah banyak banyak terhadap Rasulullah S.A.W. untuk menunjukkan sayang kita terhadap Baginda and akan tergolong dalam kalangan yang beriman and mendapat syafaat Rasulullah S.A.W. Tahu kan syafaat tu apa? yang tak tahu tu, syafaat tu macam sebuah pertolongan dari Baginda kepada diri kita sebagai pengikut Baginda. Syafaat Rasulullah S.A.W. terdapat 5 jenis iaitu :

  • Syafaat untuk membebaskan umat manusia daripada dahsyatnya suasana di Padang Mahsyar
  • Syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa sebarang hisab atau perhitungan 
  • Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukuman setimpal, supaya hukuman itu kemudian ditarikbalik
  • Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka
  • Syafaat untuk menaiki ke tingkat yang lebih tinggi di syurga
Tu jelahh rasanya kali ini. Semoga dapat mendapat faedah daripada post ni,  Selamat Menyambut Maulidur Rasul dengan penuh keberkatan :D
Akhir kata,
 

Allahumma Solli Ala Muhammad wa'ala Ali Muhammad Wasohbihi Wasallam :D
 

Saturday 28 January 2012

Goodbye Facebook, Hello Textbook :D

Heyya, as we all know, exam dah dekat kann? Memang sesuai dengan tajuk post ni haha, GOODBYE FACEBOOK, HELLO TEXTBOOK. So, amacam? Dah ready lum ELEXVIN? Harap kita semua get good results cause, we're form 2 now, dah taklehh main². Kita kena belajar tul² so that kita dapat good results :D Tahun depan dah form 3 dahh, bila cakap pasal form 3 tu kan, semua terbayang PMR enn haha. And do remember, kita PMR'S LAST BATCH kott, jangan main² haha :P So, siapa yang pandai tu tolonglahh sesiapa yang kurang faham sesuatu subject tu cause kita kena saling tolong-menolong cause kita satu batch, nak berjaya jangan sorang², tapi kalau boleh kita BERJAYA SATU BATCH haha :D mesti korang ada teringin kan, tengok satu batch semua berjaya, 9A+s kan kann? So, Jomm! kita kena usaha, cause walaupun berdoa tapi tanpa usaha, tak menjadi juga kan? 
Let me share some tips to you all :)

  • Kalau korang nak hafal something, macam Sejarah, korang baca dulu topik tu and then tutup buku. Take a notebook and tulis balik semua yang korang hafal, takyahh tengok buku. Bila dah tulis semua yang kita hafal dalam notebook tu, check balik dalam textbook, kalau ada yang tak lengkap, tulis dalam notebook tu but HIGHLIGHT because to remember yang tu kena hafal lebih sikit, sebab mungkin tu susah sikit nak hafal cause kita tak ingat time awal² tadi.
  • Jaga permakanan! Jangan main sumbat je dalam mulut apa yang ada haha. Kitorang mesti dah tahu kan, pastikan makanan tu HALAL, jangan makan makanan HARAM ataupun WAS-WAS. Tapi, ada juga makanan yang HALAL tapi tak elok untuk otak, macam KEPALA IKAN, APPLE HIJAU and MAGGI, huhu :P
  • FOCUS dalam kelas, jangan tidur. Sebab, bila kita tak focus, kita tak faham sesuatu perkara yang cikgu ajar, so macam mana nak jadi pandai?
  • BELAJAR bukan kerana exam, tapi kerana ALLAH s.w.t and juga kerana inginkan ILMU tu, baru pelajaran tu kita leh faham and ingat.
  • JANGAN BANYAK GELAK, JERIT OR SEMBANG BENDA TAK BERFAEDAH sebab bila kita buat antara tu, sebenarnya ilmu yang dipelajari akan hilang dari otak. Ramai mungkin tak caye sebelum ni, tapi bila dah tahu scientific explanation dia, mesti caye. Secara ringkas, sebenarnya apa yang kita pelajari akan masuk otak belah kanan and then sebenarnya dia akan transfer pelajaran tu ke otak kiri kita melalui satu JAMBATAN antara otak kanan and otak kiri. So bila, kita gelak ke jerit, etc, sebenarnya dia menyebabkan satu gegaran yang akan buatkan ilmu yang sedang nak transfer through jambatan tu, terkeluar sebab jambatan tu very sensitive to gegaran, get it?
  • BANYAKKAN BERIBADAH, that is kena jaga solat 5 waktu tu, banyakkan baca Al-Quran and especially, banyakkan solat tahajud and banyak berdoa kepada Allah s.w.t supaya ilmu yang dipelajari dapat senang faham and ingat :D
  • JANGAN TIDUR LAMBAT walaupun korang tidur lambat tu nak study, jangan! Sebab ni buatkan kita tak cukup rehat, otak pun sama. Tidur lambat akan buatkan kita blank time exam nnt, kita akan blurr je tak ingat apa yang dipelajari, campur dengan rasa ngantuk, so lebih baik tidur awal, and then bangun awal and belajar, kann? :D
So, tu je kott yang aku nak bagi tips :) So, ingatlahh, belajar tul² so that kita akan dapat good results, untuk future tu! And ingat, belajar tu wajib sampai mati pun, Rasulullah s.a.w pun cakap kan yang BELAJARLAH WALAUPUN SEHINGGA KE NEGERI CINA (CHINA), kan kann?
Ni ada hadith Rasulullah s.a.w yang menunjukkan betapa mulianya orang yang menuntut ilmu, macam kitalahh sebagai pelajar :D

Abu Darda' berkata : " Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" SESIAPA YANG MENEMPUH PERJALANAN UNTUK MENUNTUT ILMU, MAKA ALLAH MEMUDAHKAN PERJALANANNYA MENUJU SYURGA. MALAIKAT AKAN MENAUNGI PENUNTUT ILMU DENGAN SAYAPNYA KERANA REDA TERHADAP PERKARA YANG DIA LAKUKAN. SEMUA PENGHUNI LANGIT DAN BUMI AKAN MEMOHONKAN AMPUN BAGI MEREKA YANG MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN, DEMIKIAN JUGA IKAN DI DALAM AIR "
DAN INGAT, BELAJARLAH KERANA ALLAH S.W.T DAN BUKAN HANYA KERANA INGIN BERJAYA :D

Rasanya, tu je yang nak dipostkan kali ni :) Semoga ELEXVIN dapat berjaya di dunia dan di akhirat :D Semoga korang semua buat yang terbaik dalam exam bulanan ni and exam² yang akan datang :D  Akhir kata,

" Majulah elexvin1115.blogspot untuk ELEXVIN "